Pages

Monday 7 July 2014

Kebaikan apabila menjadi suri rumahtangga.

Antara kebaikan yang dapat diperolehi ialah :-

  • Dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih sempurna berbanding sebelumnya..iyela sebelum ni pagi2 dah pergi kerja,petang balik da penat tu belum ada anak,kalau da ade anak,malam manakan nak layankan anak lagi,suami lagi,nak masak,nak itu nak ini...gurrr mau tumpor kome....kalau suami jenis rajin menolong untungla dapat yang jenis penyegan??
  • Lebih rapat dengan anak,mana taknya kalau udah 24 hours bersama kan....tapi aku idokler memanjekan sangat si bujang tu,cuma puas hati tau kalau dapat mandikan,tidokan,gurau senda dengan anak sendiri....tak ade la dia lebih rapat dengan orang lain berbanding kita yang mak bapak dia sendiri ni...
  • Dapat membaiki skil2 rumahtangga....habis kalau kau dah tak kerja kan...takkan nak mengangkang je menengok tv kan....korang mesti nak masak untuk suami korang,kemas bilik dengan lebih kerap sebab dah tak ada kerja kan....percaya la,masakan korang akan menjadi bertambah sedap kalau hari2 masak...lipatan baju pun akan semakin tangkas dan kemas hahahaha tapi aku tetap paling benci lipat baju.
Skil2 rumahtangga yang dimaksudkan
  • Hubungan suami isteri/kekeluargaan semakin erat dan intim....mana taknye,suami mana la yang tak girang gumbira nak balik kerumah jika si isteri memasak,sambut suami dengan mesra diiringi penampilan yang kemas dan seksi (penting tapi pastikan kalau duduk rumah sendiri la) kan....anak pulak tak ada la rasa sunyi kalau mak ayah kerja,asyik borak dengan bibik je....

Takleh blah sebenarnye gambar ni nak buat contoh.Pedulikkan.
  • Tak ada bebanan kerja yang melampaui batasnye pun aduiii!!!walaupun menjadi surirumahtangga ni sebenarnya penat wehh tapi korang suka buat,puas hati sebab itu demi keluarga korang yang korang sayang,xde sapa nak marah korang.Tapi kalau kerja,korang diarah itu ini,hati sakit,badan penat mulut merungut pahala pun xdapat....
No stress.No.
Read more ...

Tips untuk hamil anak lelaki

 


Waktu subur isteri

  • Sperma Y dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku berhampiran dengan waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi time tu. Kalau nak tau time ovulasi boleh refer kat sini.
  • Kita tak digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 1 minggu sebelum tarikh ovulasi tu. Sebabnya kita nak kekalkan jumlah sperma yg tinggi. Seorang lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki.
Teknik hubungan intim
  • Salah satu cara untuk dapatkan anak lelaki adalah teknik doggie style. Sebabnya teknik ini membenarkan penis suami lebih dekat dengan serviks dan jarak penjalanan yg lebih pendek membenarkan sperma Y yg agresif mencapai telur dahulu. Ini disebabkan sperma Y boleh bergerak dengan cepat tetapi tenaga boleh dihauskan dengan cepat. Sebab tu hayat sperma Y adalah lebih pendek daripada sperma X.
  • Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.
Pemakanan
  • Makan daging merah, makanan laut, kacang seperti kacang hijau, hazelnuts, almond, makanan ringan yg masin seperti keropok pon digalakkan.
  • Elakkan makan makanan berasid seperti buah limau, nenas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dielakkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
  • Suami harus minum banyak minuman yg banyak soda seperti minuman cola. Suami juga digalakkan minum minuman berkafein seperti kopi 1 jam sebelum melakukan hubungan seks. Ini untuk merangsang sperma Y yg lebih aktif.
Tahap kealkalian faraj
  • Sperma Y lebih bertahan dalam keadaan alkali. Kita dicadangkan menukar cecairan faraj kepada beralkali dengan memasukkan cecair bikarbonat yg beralkali ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan hubungan seks. Cecair bikarbonat ni boleh dibeli di farmasi. 
Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu sebelum suami
  • Salah satu cara untuk mendapatkan anak lelaki adalah isteri seharusnya mendapat kepuasan yg tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yg boleh merangsang pergerakan sperma Y.

Read more ...

Tuesday 18 February 2014

Keindahan

Keindahan kehidupan yang perlu ada dalam diri adalah "keyakinan terhadap diri sendiri"
Read more ...

Friday 12 July 2013

Himpunan Hadis Ramadhan

1. Kelebihan Bersahur.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”


(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian :
Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


2. Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”


(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


3. Hikmah Kewajipan Membayar Zakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

(Riwayat Bukhari)

Huraian :
Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.

Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.


 

4. Orang-orang Yang Berhak Menerima Zakat.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”
(Imam Ahmad)

Huraian :
Golongan Fakir miskin adalah orang-orang yang hidupnya susah yang terdesak sehingga terdorong meminta sedekah ke sana ke mari.

Terdapat segelintir fakir miskin yang hidupnya sentiasa lapar dan menderita, dan mereka pula tidak rela mengadukan hal kepada orang lain. Keadaan mereka yang menyedihkan itu tidak diketahui umum. Golongan inilah sebenar-benarnya yang miskin, dan merekalah yang lebih layak menerima zakat.

Golongan yang berhak menerima zakat terbahagi kepada lapan asnaf, mereka ialah: orang fakir, orang miskin, amil, golongan muallaf, hamba abdi, orang yang menanggung hutang untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir.

Mereka yang layak menerima zakat pula disyaratkan antaranya; beragama Islam, bukan orang yang ditanggung nafkahnya dan bukan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.


5. Puasa Tanpa Berbuka.

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

”Nabi SAW melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.”

-

Huraian :
Makan dan minum wajib hukumnya untuk memenuhi keperluan gizi harian agar dapat meneruskan kehidupan. Lantaran itu Islam sebagai agama yang sederhana tidak menuntut umatnya agar melampau dalam mengerjakan ibadat sehingga mendatangkan mudharat. Sebaik-baik ibadah di sisi Allah adalah yang dilakukan secara istiqamah (berterusan) meskipun sedikit di samping berniat ikhlas kerana Allah SWT dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.


6. Ganjaran Puasa Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian :
Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah SWT

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT.


7. Berbuka Yang Diharuskan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”

(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Huraian :
Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada’kan semula puasanya di bulan yang lain.

Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis RasulullahSAW menyebutkan yang maksudnya:

” Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.


8. Beradab Ketika Minum.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.

Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah SWT yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.


9. Sunat Melambatkan Waktu Bersahur.

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah SAW, Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda:

“Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”.

Baginda pun menjawab:

“sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :

Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.

Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur.


10. Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata:

“Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”


(Riwayat Muslim)

Huraian :
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insya Allah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.
Read more ...

Tuesday 14 May 2013

Jangan Emosi ketika hendak melawan Fitnah

Apakah perbezaan antara mengumpat dan fitnah?




Mengumpat itu adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut. Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah? 

Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (riwayat Muslim) 


Fitnah ini bukan hanya berlaku sekarang. Saidatina Aishah juga pernah difitnah, begitu juga fitnah yang membawa kepada kematian khalifah Uthman Ibn Affan. Mengapa ia berlaku? 


Dalam sejarah awal Islam, fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan orang. Sebabnya, orang Arab ketika itu masih kuat dipengaruhi semangat assabiyah atau kedaerahan. Apabila nabi wafat, maka berlaku cubaan merampas kuasa oleh orang Muhajirin di Saqifah Bani Saad. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dipatahkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar.Selain itu, orang Yahudi menabur fitnah untuk memecah-belahkan masyarakat.Malah, pada ketika itu juga ada golongan yang ekstrem sehingga mewujudkan syiah (penyokong kuat) pemimpin tertentu seperti syiah Abu Bakar dan syiah Ali. 

Dalam al-Quran, Allah berfirman, …dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…(al-Baqarah: 191). Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat? 


Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Antara sebabnya adalah fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi. 

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim, perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12) Sedangkan Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini, maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah s.a.w. 

Dalam surah al-Hujurat ayat 6, kita diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima berita daripada orang fasik. Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui kefasikan seseorang itu? 

Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan berhati-hati apabila menerima berita daripada orang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui Internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya atau ada udang di sebalik batu, maka ini juga tergolong dalam kategori fasik. 


Tentang maksud fasik ini, ulama berbeza pandangan. Ada yang berkata, fasik itu ialah orang yang pernah membuat dosa besar. Satu pihak lagi mengatakan fasik itu ialah orang yang pernah melakukan dosa besar atau yang sentiasa membuat dosa besar. Ada juga berita-berita kecil yang disensasikan oleh media. Dan ada juga berlaku di mana orang yang terlibat itu seronok sebab berita tentang dirinya dapat liputan meluas. Padahal natijahnya ia menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.Apabila masyarakat, terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah menjadi perkara biasa, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dalam Islam.

Apakah sikap dan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa fitnah itu tadi?


Di dunia, mangsa berhak pertahankan diri dan minta pihak yang memfitnah itu kemukakan bukti dan kenyataan bagi menyokong kebenaran dakwaan tersebut. Dari segi doktrinnya, mereka tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.Dari segi agama, mangsa perlu bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda s.a.w sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh. 

Namun, jika sudah tidak mampu ditanggung atau ditahan lagi, kita akan melenting dan boleh membawa kepada kehancuran. Apabila terkena fitnah atau musibah, ia bukanlah 100 peratus keburukan. Mungkin yang kena fitnah itu akan terima sokongan ramai yang bersimpati dengannya. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 216).


Mari kita hayati kata-kata Imam Ghazali, “kekuatan itu bukan terletak orang yang boleh bergusti atau menang tetapi orang yang kuat ialah yang boleh menahan diri daripada bertindak liar apabila mereka dalam keadaan marah”. Kebanyakan pemimpin dunia mempunyai sifat begini. Malah dalam Islam, kita juga perlu beriman dengan qada dan qadar. Ini membolehkan kita berasa tenang dan tidak resah gelisah walau apa pun yang berlaku kerana semuanya telah ditentukan Allah. Malah pergantungan terakhir adalah pada Allah Yang Esa. Bagi budaya peradaban yang lebih tinggi, adalah dicadangkan supaya mangsa fitnah itu bersyukur kerana mujur tidak difitnah lebih besar daripada yang sekarang. 

Apa pula reaksi orang Islam apabila berhadapan dengan hal sebegini?


Setiap Muslim tidak boleh terima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu. 


Bagi Pengikut mana-mana individu, apabila berhadapan dengan fitnah hendaklah mereka bertenang dan tidak bertindak melampau. Sebagai manusia, kita bukan maksum (terpelihara daripada dosa). Malah, apabila berlaku kematian kita menyebut Inna Lillahi wa Inna Ilaihirajiiun (dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali). Apabila mendapat nikmat pula kita menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Mereka yang tunjukkan reaksi bukan menunjukkan sifat Muslim yang ideal. Bukanlah langsung kita tidak boleh bereaksi spontan seperti rasa marah. Yang dilarang ialah rasa marah yang berpanjangan. Sebabnya apabila emosi menguasai, kita tidak lagi menggunakan akal. Sedangkan yang sepatutnya akal menguasai emosi atau nafsu manusia. Yang perlu kita ingat adalah apabila Allah turunkan bala, ia akan mengenai semua orang sama ada yang melakukan maksiat atau orang yang beriman. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (al-Anfal: 25).
Read more ...

Gopoh-gapah dalam perkahwinan

Terasa tepanggil untuk menulis kembali tentang perkahwinan atau baitul muslim.
Ramai orang menyangka, perkahwinan itu sangat ideal dan penamat kepada kesempurnaan. Tetapi, terus terang saya katakan, perkahwinan itu adalah langkah menuju ke arah ideal atau kesempurnaan dalam hidup. Ia tidak menyelesaikan masalah, tetapi membantu menyelesaikan masalah setiap insan di muka bumi ini.


Tidak kira lelaki mahupun perempuan yang mahukan sebuah perkahwinan itu wujud, perhatikan dahulu apakah erti sebenar yang dimaksudkan dengan perkahwinan. Kerana telah ada orang yang inginkan perkahwinan, tetapi perkahwinan mereka seperti main tangkap muat sahaja, janji ada teman yang sudi menemani hati yang duka. Ini belum masuk lagi dengan nikah kontrak yang tidak boleh sama sekali dilakukan tetapi filem-filem tempatan melayu sudah banyak kali melakonkan drama tersebut. Hairan, kenapa kerajaan tidak peka dengan situasi ini.


Ok, jom berbalik semula kepada topik asal kita. Kadang-kadang kita teringin sangat nak kahwin sehingga sanggup menerima sesiapa sahaja yang hadir di hadapan kita walau tidak tahu asal usul kemunculan insan tersebut. Jika kepada golongan wanita, mereka sanggup terima pinangan siapa dahulu yang masuk pintu rumah, dan bagi lelaki, gambar mana dahulu yang mak berikan, itulah pilihan dia.

Aduhai, kita terlupa dan terlepas pandang sesuatu yang lebih besar yang bakal berlaku selepas alam perkahwinan! Sebab pada masa itu, fikiran kita sudah hanyut memikirkan nikmat yang bakal diperolehi dan keindahan yang bakal kita nikmati. kalau yang up skit, sudah mula berfikir mahu melahirkan anak comel belaka.

Tambahan pula, ada yang menerima tekanan kepada mereka yang baru meningkat dewasa. Waktu hari raya khususnya, ramai yang bertanya bilakah, bilakah, bilakah lagi mahu berkahwin lalu emosi yang terganggu itu akan membuat keputusan sebegini:
"ok, aku nak kahwinlah dengan sapa pun, janji kahwin" 

Kita bukan kahwin untuk 1 bulan

Kita bukan kahwin untuk malam pertama, kedua atau pun sehari dua, tetapi untuk selama-lamanya. Tetapi, jika benar penceraian itu berlaku, yakinlah bahawa semua itu adalah terbaik buat diri kita.

Kerana itulah, langkah yang awal perlu diambil sebelum perkara yang tidak diingini itu berlaku. Syaitan suka mengambil kesempatan di tempat yang kita sangat lemah. Beremosi ketika membuat keputusan untuk berkahwin boleh mengundang padah dikemudian hari tetapi jika kita membuat keputusan secara rasionalberserta dengan perbincangan dengan ibubapa serta golongan yang berilmu, insyaAllah keberkatan ada di situ.

Pasangan kita tetap manusia biasa

Walau siapa pun pasangan kita, mereka tetap manusia biasa. Mereka pasti akan melakukan kesilapan semasa ikatan perkahwinan dibina dan pelbagai cabaran bakal ditempuhi satu persatu. Oleh kerana itu,penyesuaian diri itu amat penting bagi perkara selepas perkahwinan. Bukan mudah untuk berubah sikap kita dari bujang kepada zaman berkeluarga. Malah, duduk sorang-sorang atau bersama rakan tidak sama sekali dengan duduk sebumbung dengan pasangan suami isteri. Semuanya memerlukan satu perkara ini iaitu adjustment. 

Cara si lelaki akan berfikir, perlakuan dan berkomunikasi untuk sesuatu perkara sangat berbeza dengan si wanita. Sebab itu perkahwinan itu dipanggil 'saling melengkapi antara satu sama lain'. 

Umpama enzyme dan substrate yang akan bersatu dan bergabung sekuat-kuatnya.

Adapt dan Adjust

Pasangan yang telah berkenalan lama sebelum berkahwin pun masih memerlukan masa untuk adapt dan adjust dengan suasana baru, apatah lagi bagi pasangan yang baru mengenali antara satu sama lain. Kemudian, terdengarlah cerita dari pihak lain bahawa sepatunya pasangan itu sudah tahu selok belok perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Ingatlah bahawa itu semua cabaran baru untuk anda dan nyatakan kepada pasangan anda bahawa semuanya itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu,komunikasi itu sangat penting! Jujurlah dalam berkomunikasi bersama pasangan anda.

Bila ada masalah yang melanda, tanamkan sungguh-sunguh dalam hati untuk mencari penyelesaian yang terbaik dan mendapat keredhaan Allah di akhir nanti. Dari situlah, kebahagian dalam kasih sayang suami isteri diperolehi (so sweet) dan insyaAllah, ia membuatkan lagi suami isteri bertambah dekat denga Allah swt.

Pilih calon =)

Beruntunglah bagi mereka yang memilih calon pasangan masing-masing mengikut agamanya. InsyaAllah, perkahwinan itu mendapat berkat.

Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang memilih calon bukan dari faktor agama? 

Apa yang bakal berlaku? Dan yang paling rumit, siapa yang boleh menasihati kamu ketika ada masalah? (syarikat kecantikan pun tak boleh bagi produk kecantikan untuk selesai masalah nie, hoho)

Memang ada kes dimana suami isteri pada permulaannya agak terpesong sedikit tetapi akhirnya mereka berjaya mengeluarkan diri mereka dan bergerak bersama dakwah. Namun, bilangannya tidak ramai. Ramai yang di anatara mereka strugle habis sebelum bergerak bersama dakwah.

Statistik yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan pasangan yang bercerai berlaku setiap 15 minit!!

Mahukah masa hadapan kita hancur dek kerana sistem perkahwinan yang gagal dibina akibat dari sifat gopoh gapah dalam membuat pilihan pasangan hidup kita?

Banyak pasangan berkahwin atas dasar cantik, pangkat dan harta, tetapi bila semua itu hilang, semua merana.

Jadi?

Pilihlah orang-orang yang soleh dari sudut agama dan akhlaknya. Utamakan jika ada pinangan dan calon dari golongan ini.

Mungkin calon kita tidak berapa sangat dari aspek kehenseman dan kecantikkannya, tetapi apabila kita mentafsirkan semula segala yang ada dihati kita, bahawa sebenarnya, pencintaan kita apabila bersandarkan kepada Allah swt, semuanya pasti menjadikan pencintaan kita itu indah belaka yang kemudiannya, romatik, caring, cantik dan hensem itu mampu dibentuk.

Belum terlambat.

Jika niat kita sebelum ini bukan kerana Allah, masih tidak terlambat lagi untuk kembali semula kepada Allah. Doalah kepadaNya dan mohonkan pertolongan dariNya.

Tawakal.


Selesai sahaja membuat pilihan, bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar pengharapan.

“Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Manusia tidak sempurna, tetapi apabila manusia bergantung terus kepada Allah swt, insyaAllah, Allah memudahkan setiap urusan kita di dunia dan diakhirat.

Penutup

Janganlah kita bergopoh gapah dalam urusan perkahwinan. Kesilapan kita dalam menentukan calon pasangan yang terbaik akhirnya boleh memusnahkan masa hadapan. Umpama kita sedanng terburu-buru dalam membina rumah yang kemudiannya tiangnya mungkin retak kerana hasil kerja yang kurang berkualiti dalam aspek pembinaan. 
Read more ...

5 Perkara Untuk Wanita ke Syurga



Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat bu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.
Read more ...