>

Pages

Monday, 10 September 2012

Apa itu Simpanan Emas?


Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda,atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas.Mengapa emas?Jawapan utamanya adalah emas = wang yang sebenar.Selebihnya sila baca artikel saya sebelum ini.

Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu emas dalam bentuk dinar,syiling,bar dan jongkong.Barang kemas juga adalah emas fizikal yang boleh juga dijadikan simpanan tetapi sebaiknya pilihlah item yang ditawarkan dengan harga yang murah.

Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang.Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.
Emas sangat istimewa kerana :
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

No comments:

Post a Comment