Disini saya perkenalkan dua watak bernama Pitt dan Cruise. Mereka adalah anak kepada seorang hartawan. Apabila hartawan tersebut meninggal dunia, dia mewariskan RM 100 000 tiap seorang kepada kedua-dua anaknya. Sekali dengan wasiatnya adalah satu harapan, agar anak-anaknya menciptakan kekayaan dengan harta yang diterima itu.
Disini akan terangkan bagaimana mereka berdua menjadi kaya. Ini bukan cerita tipikal dimana adik bongsu menjadi kaya dan abang2nya pula dijual di pasar malam. Ini adalah cerita yang kaitkan dengan tipikal human seperti kita dan cara kita menangani apa yang kita miliki. Korang boleh memilih untuk memilih yang mana satu untuk menjadi contoh kehidupan korang nanti. Ada banyak cara lagi cuma memilih dua sahaja.
Mereka patut dah dapat Oscar. Isk isk sik...(Google)
Brad Pitt (Rumah/tanah)
Pitt menggunakan RM100K tersebut untuk membuat pinjaman bank RM200K. (Syarat untuk meminjam ialah aliran tunai dalam akaun korang melayakkan korang membayar ansuran bulanan - RM100k bukan masalah lagi kan?) Dia membeli dua buah rumah berdekatan universiti dan menghiasinya ala kadar, katil besi, kerusi rotan, mesin basuh dan sebagainya. Dia menyewakan rumah tersebut dengan nilai RM 1200 tiap bulan. Dengan cara ini, bayaran ansuran bulanan adalah ditanggung oleh sewa. Sekiranya Pitt bercita-cita melangsaikan hutang dalam kadar segera, dia boleh menggunakan baki RM100K yang asal untuk membayar sebahagian daripada pinjaman. Jadi bayaran bulanan akan menurun. Lama-kelamaan dia akan memiliki 2 buah rumah tersebut dan sewa kekal berjalan walau selepas habis bayar pinjaman.
Atau... Pitt membeli sebuah tanah berserta rumah kampung dengan nilai RM50K. Dia menghiasai kawasan tersebut dengan pelbagai kemudahan yang menyelesakan seperti taman, pokok buah-buahan (tanam pokok besar terus) dan sebagainya. Rumah tersebut dibaiki semula dengan pencirian kepada kebudayaan melayu cthnya (ukiran tiang dsb). Dia membuat penjualan semula tanah tersebut dengan nilai lebih tinggi melebihi RM200 K.
Bagi yang tak percaya, tanah kosong di kampung dibeli dengan nilai RM30k. Harga jualannya kini adalah RM180K setelah dijadikan sawah. Kos untuk paip dan juga korek tanah adalah RM 50K.
Nota:Untuk memudahkan pencarian tanah/rumah dijual - dalam newspaper berlambak atau korang boleh buat carian dalam laman web seperti mudah, lelong dan sebagainya. Untuk dapatkan harga murah, cari pembeli terdesak - Huhu. Jangan lupa untuk bertanya dengan peguam akan nilai harta yang bakal dibeli. Serkap jarang akan merugikan. Menantu pakcik Apple membeli sebuah kereta terpakai tanpa membawa mekanik dengan harga RM 30K. Tidak sampai dua bulan, dia terpaksa membaiki kos tukar part, tukar itu ini kerana kerosakan. Berapa sangatlah upah bawa seorang mekanik kampung. Kan? Kos membaiki telah mencecah RM 15K. Isk Isk Isk...
Tom Cruise (Kedai)
Cruise menggunakan wang dimiliki untuk membuka sebuah restoran. Dia membuka restoran di kawasan sibuk. Sewa bulanan adalah RM 2000. Cruise tidak takut akan kerugian kerana dia telah mendapatkan pekerja-pekerja yang super mahir. Dia mendaptkan khidmat pengurusan restoran dengan bayaran RM10K namun pendapatan bulanan restoran mencecah puluhan ribu sebulan. Mengarut? Tidak. Cruise tidak memiliki kepakaran dalam pengurusan restoran. Namun demikian, dengan wang dimiliki, dia mendapatkan orang yang pandai daripadanya untuk melakukan apa yang patut. Bagi korang yang tidak pandai bisnes, jangan malu untuk dapatkan khidmat consultant. Untuk memilih yang terbaik, tengok laporan prestasi mereka. Jika tak ada, jangan memandai nak hire. Mengambil risiko memang baik tapi harus risiko yang telah dikira. Cruise akan menjadi kaya-raya dan mengembangkan perniagaannya ke tempat kita tak lama lagi.
Restoran kecil boleh fokus kepada seorang chef handal. Tak perlulah hire Chef Wan, giler ke apa. Korang nilai guna lidah, jangan guna resume bergambar.
Atau... Cruise membeli sebuah bengkel di kampungnya atau dimana-mana sahaja. Dia membeli bengkel tersebut dan pekerja dikekalkan. Dia bertindak sebagai pengurus kewangan namun masih mengekalkan pengurus lama untuk urusan pembelian barangan. Mengapa saya tak katakan bengkel kat kawasan bandar, sebab RM 100K tak cukup. Barangan mesin adalah tidak murah. Lol. Pendapatan bengkel boleh mencecah puluh ribu seminggu bergantung kepada kekejaman anda meletakkan harga. namun demikian, jika boleh kekalkan motto "laju dan murah", kejap je bengkel korang akan meningkat ke tahap super. Jual part moto/ kereta pun boleh untung. Deal dengan supplier kat bandar. Dorang pun orang niaga.
Kepala kepada sebuah bengkel yang hebat ialah pengurusnya dan bukan mekanik, kecuali trek F1. So, korang dapatkan pengurus tersebut, dia akan dapatkan pekerja terbaik untuk korang.
NotaUntuk mendapatkan bengkel yang baik, korang boleh rujuk rekod kewangan bengkel tersebut. Jika dia tak nak jual takpe, dapatkan pekerja mereka dengan gaji lebih tinggi dan juga buka bengkel lain. Jika pekerja mereka tak nak juga, rekrut pekerja daripada sekolah-sekolah kemahiran. Budak-budak ni kebiasaannya akan membuat praktikal di bengkel jadi jangan risau akan masalah tak tahu apa2. Hire seorang manager yang berpengalaman jika boleh.
sumber

No comments:
Post a Comment