Dalam kehidupan mesti ada perancangan dan ilmu untuk memilih jalan kehidupan yang berliku, kesusahan atau kesenangan. Kehidupan ini bukanlah mengikut tetapi kita yang mencorakkan kehidupan kita.
Dalam kehidupan terpulang kita mahu corakkannya. Boleh hanya kehidupan biasa tetapi kebanyakannya hanyalah kesedihan dan kepayahan tetapi kehidupan luar biasa, anda boleh dapat apa yang anda mahukan.
Jika tanya pendapat saya, saya lebih suka terhadap pelaburan kerana saya boleh melakukan banyak kerja lain berbanding kerja lain yang memerlukan kerja keras dan kuat untuk mencapainyai kebebasan kewangan. Memang pelaburan ini adalah satu risiko dan sebab itulah tidak ramai yang sanggup untuk melabur dan masuk ke dalam arena ini dan sebab itu jugaklah cara pelaburan ini adalah kaedah tertinggi dan kebiasaannya lebih menguntungkan.
Dalam pelaburan ini adalah kebiasaannya memerlukan ilmu yang tinggi oleh kajian dan kepercayaan yang tinggi oleh diri sendiri. Sebagai contoh : setiap orang mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing,
Berapa ramai atau kerap orang percaya pada agama ini dapat membantu mereka untuk berjaya?
Berapa ramai yang melabur diri mereka dengan pembacaan ilmu?
Berapa ramai orang yang sentiasa bersikap positif?
Sebenarnya ini adalah panduan atau kaedah asas pelaburan yang perlu ada untuk dapatkan lebih keuntungan.
Sebenarnya tanpa sedar semua orang melabur iaitu pergi sekolah, universiti dan seminar. Kenapa mereka pergi kerana mahukan sijil, mahukan gaji lebih dan sebagainya. Sebab itulah perlu melakukan dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan pencapaian yang terbaik.
Itu dalam asas, apabila sudah besar banyak lagi pelaburan yang kita boleh terokai dan dalami untuk mendapatkan lebih keuntungan dan kebiasaannya memerlukan ilmu, kenalan dan pelbagai lagi untuk dapatkan keuntungan dan kebiasaannya pelabur yang tegar akan lebih cepat kaya dan dalam keadaan bebas masalah kewangan.
Definisi pelaburan yang boleh anda pegang dan fahami;
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
No comments:
Post a Comment