Post sebelum ini cerita tentang starbuck. Dalam buku karangan beliau sendiri yang bertajuk Onward: How Starbucks Fought for Its Life without Losing Its Soul, ada beberapa pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam apa jua jenis perniagaan masa kini iaitu:
1 – Bersifat empati dan berkomunikasi dengan telus.
Sebagai seorang yang agak beremosi, Schultz menegaskan bahawa sifat empati kepada orang lain membolehkan anda untuk menjadi orang perniagaan yang lebih baik kerana ia hanya memerlukan anda berhenti berfikir tentang diri anda dan sebaliknya, memberi tumpuan kepada orang lain (pelanggan, ahli pasukan, dll). Berkomunikasi dengan telus pula membawa maksud berinteraksi dengan pasaran anda dengan kerap dan melalui pelbagai saluran yang berbeza (e-mel, telefon, Facebook, Twitter, dll) serta bersifat telus dalam melakukannya. Sifat telus boleh dicapai dengan berlaku jujur dengan apa yang anda lakukan. Ketelusan membolehkan orang ramai melihat bahawa anda adalah orang sebenar dan mereka secara semula jadi akan tertarik dengan anda dan kejujuran anda.
2 – Beroperasi berdasarkan nilai, ia adalah asas kepada segala-galanya.
Menurut, Schultz, nilai memupuk integriti kerana ia adalah koleksi perkara-perkara yang penting kepada anda. Sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan orang ramai menggunakan produk atau perkhidmatan yang beliau sendiri belum pernah cuba. Beliau lebih suka menggalakkan penggunaan kaedah, alat, dan perkhidmatan yang beliau benar-benar tahu dan faham. Katanya, ramai ahli perniagaan di luar sana yang hanya tahu menggalakkan apa-apa sahaja cara yang boleh mengaut keuntungan tinggi tetapi tidak beliau. Dan itulah yang dipanggil sebagai nilai!
3 – Bertanggungjawab dengan apa yang dilihat, didengar, dan dibuat.
Seperti yang diketahui ramai, Schultz sangat mementingkan perkembangan peribadi. Beliau sedar dengan beberapa perkara seperti muzik apa yang orang ramai dengar, buku yang orang ramai baca, dan seterusnya apakah langkah yang perlu diambil untuk membina perniagaan yang ideal.
No comments:
Post a Comment