>

Pages

Thursday, 6 September 2012

Terbongkar : Pelaburan Hartanah Paling Menguntungkan


Bagi bapa saya, menyewa rumah bukan pelaburan hartanah paling lumayan kerana anda berdepan banyak risiko.


Karenah penyewa, pembaikian rumah, kenaikan harga material bangunan membuatkan pelaburan dalam bidang sewa menyewa tidak di hatinya.



"Tidak ramai orang tahu, ramai orang yang melabur dalam bidang hartanah kerugian malahan jika dicakapkannya akan hartanah, mereka akan lari sambil menutup telinga kerana begitu jelik dengan kerugian yang dialami"

Sebabnya; Mereka melabur ditempat yang salah dan mereka menjadi bidang terjun dalam pelaburan tersebut"

Sebenarnya ramai yang menjadi tuan rumah sewa. Tetapi tidak ramai yang kaya-raya.

"Menyewakan sebiji rumah tidak akan menjadikan diri kita kaya, kita harus mempunyai 4,5 buah rumah disewa jika hendak duduk selesa menjadi tuan sewa."
Sebab itulah, bapa saya hanya mempunyai sebuah sahaja rumah di Pasir Gudang, Johor sebagai aset pelaburan dalam
bidang sewaan hartanah.

Ada bidang yang lumayan dalam hartanah yang tidak diketahui ramai orang;

"Melabur dalam pembangunan tanah lebih lumayan dari menyewakan rumah!!"

(Akhirnya, saya bongkarkan juga dimana pelaburan lumayan bapa saya selama ini)

Ini sebenarnya pemacu kejayaan bapa saya dalam hartanah. Beliau adalah land developer, bukannya
tuan rumah sewa tulen.

Land Development juga adalah satu cabang dalam bidang hartanah. Jadi, sudah jelas bahawa, bapa saya mempunyai cara berlainan dengan kaedah orang lain.

Kalau orang lain mengatakan menyewa hartanah boleh mendatangkan nilai yang lumayan, bapa saya akan menafikannya.




Tidak, untuk melabur dalam hartanah dengan ZERO risk, land development adalah bidangnya.

Melabur dalam sewaan mempunyai risiko yang besar.

(Sekarang saya sudahpun membongkarkan dimana bapa saya mengaut pendapatan lumayan).

No comments:

Post a Comment