>

Pages

Tuesday, 11 December 2012

Lauren Luke memulakan perniagaan di Ebay



Internet telah berjaya mengubah nasib Lauren Luke seorang ibu tunggal dari South Shields, England pada usia 27 tahun. Ianya bermula apabila beliau mula menjual pelbagai jenama mekap popular di laman lelongan eBay di Internet beberapa tahun lalu.
Atas permintaan pelanggan, Luke kemudian merakamkan klip video berhubung cara-cara menggunakan produk berkenaan dan memuat naiknya ke laman perkongsian video YouTube dan telah ditonton lebih daripada 54 juta kali.
Kejayaan itu menyebabkan Luke dihubungi oleh firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly.
Firma Anomaly kemudian bekerjasama dengan firma kosmetik Zorbit bagi mengeluarkan rangkaian mekap Luke menerusi syarikat By Lauren Luke.
Syarikat itu dimiliki bersama oleh Luke, Anomaly dan Zorbit.
Dia kini menandatangani satu perjanjian untuk menerbitkan buku dengan syarikat Hodder & Stoughton dan mencipta permainan Supermodel Makeover menerusi gajet Nintendo.
“Sukar untuk mempercayai bahawa nasib saya boleh berubah. “Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi,” katanya.
Pada awal tahun ini, dia memeterai kontrak bernilai lebih sejuta dolar dengan pemilik YouTube, Google yang memberikannya hak pendapatan daripada iklan. – Agensi

No comments:

Post a Comment