1- Pengenalan Barang - Memudahkan kita memperkenalkan kepada pelanggan baru mahupun lama tentang barangan yang kita jual sama ada yang baru ataupun yang lama .
2- Pelanggan - Facebook memudahkan kita dapat mencari pelanggan baru dengan menyebarkan blog kita di Facebook ataupun lebih mudah jika kita memiliki halaman peminat .
3- Perkembangan - Pelanggan dapat mengetahui perkembangan mengenai kita mahupun barangan kita dengan mudah .
4- Berhubung dengan pelanggan - Kita juga dapat merapatkan hubungan antara kita dan pelanggan .Selain itu , pelanggan juga dapat membantu menyebarkan barangan kita kepada rakan-rakannya dan hubungan kita dan pelanggan akan bertambah rapat .
5- Promosi - Senang untuk mempromosi barang tanpa mengeluarkan kos yang tinggi .
6- Kos Murah - Kita hanya memerlukan internet tanpa memikirkan kos menyewa . Selain itu , kita tidak perlu keluar untuk mencari pelanggan tetapi pelanggan yang akan datang kepada kita .
7- Mudah Diakses - Semua orang mengekses masuk Facebook tanpa mengira masa dan tempat . Oleh itu , sudah pastinya pelanggan pun tanpa ada masalah untuk mengikuti perkembangan dan mengoder barang kepada kita.
8- Mobile Akses - Ini memudah pelanggan yang menggunakan telefon bimbit untuk mengekses ke internet dan ia juga dapat mengekses ke Facebook dan terus ke blog kita .
9- Pengiklanan - Facebook adalah tempat pengiklanan barangan yang terbaik kerana ianya bukan sahaja dilayari oleh golongan muda tetapi juga golongan dewasa dan bukan sahaja untuk pengiklanan barang tetapi blog juga dapat diiklankan di Facebook . Ini dapat memberitahu mereka bahawa kita ada barangan yang diingini mereka .
10- Pengurusan Reputasi - Dengan adanya akuan Facebook , ia memudahkan kerja kita untuk mendengar luahan pelanggan mengenai barangan kita.

No comments:
Post a Comment