
Wanita dan jamu tidak dapat dipisahkan lagi. Malah sejak dari dahulu lagi, sejak dari usia gadis lagi, para wanita Melayu menggunakan jamu untuk menjaga kesihatan. Tumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar-akar kayu dan buah-buahan digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan jamu kerana ianya mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dalaman dan luaran.
Nenek moyang kita telah menggunakan jamu sejak dahulu lagi dan sudah pastinya penggunaan jamu adalah untuk merawat pelbagai jenis penyaki yang dialami oleh kaum wanita dan bertujuan untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Malah amalan memakan jamu masih diteruskan lagi sehingga ke hari ini meskipun seperti kita sedia maklum, sekarang terdapat pelbagai jenis ubatan moden. Ini mungkin disebabkan oleh kesan sampingan yang positif yang telah terbukti melalui pengalaman mereka yang menggunakannya.
Bagaimana Ia Dihasilkan
Bahan-bahan untuk menghasilkan jamu ini boleh ini boleh didapati dengan mudah dari kedai-kedai runcit ataupun boleh ditanam di halaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain-laian. Seperti contoh, faraj wanita yang terkoyak selepas bersalin boleh disembuhkan dengan cepat dengan menggunakan daun seperti daun betik, dimana khasiatnya dapat mempercepatkan kesembuhan pada kesan luka tersebut. Cara menggunakannya ialah dengan merebus dan air tersebut diminum selama dua hingga tiga hari.
No comments:
Post a Comment