>

Pages

Tuesday, 4 September 2012

Kenapa Perlu Memilih Emas?

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Mengapa anda perlu membeli emas?



Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!


Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Selain itu juga :

-> Ia merupakan wang sunnah
-> Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
-> Nilainya diterima di mana sahaja (accepted worldwide)
-> Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
-> Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini untuk mendapatkan info dan maklumat terkini tentang emas :

Tekan disini

No comments:

Post a Comment