>

Pages

Monday, 24 September 2012

Tip Ejen Hartanah untuk Pasaran yang Mencabar



Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan prestasi jualan terutama pada masa ekonomi yang merosot? Sebagai ejen hatanah anda perlu mengambil langkah-langkah kreatif untuk menghadapi situasi yang lebih mencabar. Gunakan kretiviti baru untuk menarik perhatian pelanggan dengan “approach” yang berbeza.
Melihat dari sudut positif waktu ini adalah masa yang terbaik untuk mengasah dan meningkatkan “skill” ke tahap yang lebih tinggi. Jika anda “survive” didalam keadaan sekarang, tiada masalah untuk anda bersaing apabila keadaan ekonomi kembali stabil. Ini adalah cabaran kepada semua supaya kita dapat menilai prestasi masing-masing.
Fokus utama di dalam karier sebagai ajen hartanah ialah latihan komunikasi pelanggan yang profesional. Lain orang lain caranya, kita perlu memahami kehendak dan keupayaan pelanggan supaya dapat berinteraksi dengan baik. Untuk mendapat kesan yang optimum seharusnya kita belajar dari pengalaman dan memperbaiki kelemahan apabila berinteraksi dengan pelanggan. Sebagai contoh, kebiasaanya agen hartanah akan menerima soalan-soalan seperti; “sudah berapa lamakah anda dalam bidang hartanah ?”. Ini menunjukkan bahawa pelanggan itu mengutamakan pengalaman agen untuk menguruskan transaksi hartanah mereka.
Hari ini “attitude” agen hartanah mesti lebih berkualiti bagi memberi pelanggan info yang berguna. Mesej yang disampaikan haruslah jelas supaya pelanggan memahami akan kondisi pasaran sekarang, sebaik-baiknya beritahu pada pelanggan dengan jujur yang kini adalah masa yang baik untuk melabur dalam hartanah, kerana keadaan ini dibantu oleh kadar faedah yang rendah.
Hubungan dengan pelanggan juga harus ditingkatkan tanpa sebarang prejudis, kerana waktu-waktu ini sukar untuk mendapat pelanggan baru. Kita perlu berhubung dengan pelanggan-pelanggan yang pernah berurusan sebelum ini. Bina satu persahabatan dan jaringan perniagaan bersama. Mungkin pada satu tempoh pelanggan ini akan mengesyorkan pada seseorang untuk hartanah anda. Menarik kan

No comments:

Post a Comment