Paling penting kita kena ingat, walau besar ,mana pun masalah kita , JANGAN sesekali kita persoalkan kepada Allah bertanyakan : “MENGAPA AKU SUSAH dan Tidak seperti orang lain yang hidupnya senang kaya raya ?”
Sekiranya kita bertanyakan hal itu maka jatuhlah Syahadah aqidah kita sebab mempersoalkan kepada Allah. Jika kita pernah berdoa seperti itu cepat-cepat kita insaf dan bertaubat.
Apa yang kita boleh buat sekarang ialah selalu fikirkan akhirat berbandingkan kehidupan dunia. Kaya akhirat maka berjayalah kita pada pandangan Allah. Jika fokus pada dunia sehinggakan sibuk memanjang dan waktu solat tidak dijaga sembahyang ikut masa kita, akan jadi lebih jauh kita dengan Allah.
Wahai kawan, setiap manusia dilahirkan membawa 4 perintah daripada Allah iaitu : HIDUPNYA , AJALNYA, JODOHNYA dan REZEKINYA. Jadi jika sekarang belum kaya, jangan bimbang, insyaAllah akan kaya asalkan selalu bersyukur. Mungkin tak kaya-kaya sebab selalu bersangka buruk dengan Allah. Mari kita istighfar.
satu cerita tentang kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman itu ada seorang imam masjid yang sentiasa membaca surah al-ikhlas sepanjang solat dan sewaktu menjadi imam. Sehinggakan ada sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW sendiri, mengapa imam tersebut hanya membaca surah al-ikhlas sahaja dalam setiap kali menjadi imam dalam solat.
Lalu Rasullullah SAW bertanyakan kepada imam tersebut. Maka jawab imam itu, beliau amat menyintai surah al-ikhlas. Sebab itu beliau membaca surah tersebut. Baginda Rasulullah SAW pun berkata kepada imam itu, mulai itu, imam tersebut dimudahkan segala urusannya oleh Allah dan termasuklah mudah untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika nak meninggal dunia.
Dalam surah itu ada makna yang sangat hebat Allah SWT mengingatkan kepada kita bahawa Allah itu Maha Esa iaini Allah itu satu dan Allahu Sammad beerti tiada apa lagi yang lain boleh memohon pertolongan selain daripada Allah.
kelebihan surah al-ikhlas. Jadi barang siapa yang mengamalkannya akan mudah keluar dari masalah yang dihadapi kerana itu janji Allah bagi sesiapa yang mengingatiNya dengan selalu menyebut nama-namanya.
Bagaimana amalan yang bagus untuk mengamalkan surah al-ikhlas ? Perbanyakkan baca setiap kali selepas solat baca sekurang-kurangnya 10 kali. InsyaAllah, apa jua masalah, ursusan akan dipermudahkan biar sebesar mana masalah anda. Semoga perkongsian pengalaman saya ini memberi manfaat buat anda. Amin ya robbalalamin.
No comments:
Post a Comment