>

Pages

Wednesday, 5 September 2012

Perubahan Dalaman melebihi Perubahan Luaran



Bangunan syarikat yang cantik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang menakjubkan.
keempat jutawan adalah mementingkan perubahan dalaman. Perhatikan situasi di bawah:

Abu adalah seorang pekerja makan gaji di salah salah sebuah syarikat penerbitan dan beliau sentiasa
merungut mengenai gajinya. Beliau merasakan gajinya tidak setimpal dengan tugasnya. Hasilnya
pemberontakan, beliau sentiasa bekerja dengan separuh hati sahaja.

Tindakan ini adalah tidak wajar kerana syarikat penerbitan tersebut sebenarnya mampu membayarnya
dengan lebih lagi. Ini terbukti pada hierraki syarikat yang Abu bekerja terdapat beberapa lagi pangkat
berada di atas kedudukannya. Ini menunjukkan bahawa syarikat tempat Abu bekerja mampu membayar
gaji yang lebih banyak dari gaji abu kepada pekerjanya.

Persoalannya kenapa mereka tidak membayar gaji yang banyak kepada Abu? Jawapannya, Abu tidak
layak. Perubahan dalaman merangkumi falsafah hidup anda. Pekerjaan yang dianggap sukar oleh anda
sebenarnya di anggap senang oleh orang lain. Anda tidak boleh merungut.

Untuk mengejar impian menjadi seorang jutawan, anda tidak boleh merungut. Anda tidak boleh
menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi pinjaman kepada anda, anda tidak menyalahkan prosedur
yang salah, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa, anda tidak boleh malas, anda tidak boleh
menyalahkan beban yang anda tanggung, anda tidak menyalahkan cuaca dan yang paling penting anda
tidak menyalahkan takdir.

Anda perlu berubah. Perubahan dalaman adalah terbaik, ubah bagaimana anda melihat masalah.
Abu yang inginkan gaji yang lebih, beliau tidak boleh pergi ke pejabat bosnya dan meminta,’ Saya nak
gaji lebih.’ Ini bukan syarikat bapak dia untuk Abu bertindak seperti itu.

Lihat diri anda, sanggupkah anda untuk bekerja bermati untuk menggandakan pendapatan anda.
Tanya diri anda, sanggupkah? Ubah dalaman anda dahulu kemudian barulah anda mengubah luaran.

Motivasi pada kali ini sangat berkesan kerana apabila menggunakan perubahan dalaman kita akan lebih mudah berjaya, kebiasaannya berjaya tanpa sedar. Kebanyakan cerita yang saya baca dan kenali mereka adalah daripada sikap dalaman mereka.

No comments:

Post a Comment