Dropship –

mungkin istilah yang janggal dan jarang didengar oleh sesetengah orang. Namun bagi mereka yang setiap hari bergelumang dalam dunia perniagaan, istilah ini pasti sudah tidak asing lagi di telinga mereka.
Tentu ada di antara anda yang ingin memulakan perniagaan tanpa perlu merasa sakit kepala; bimbang tentang modal, bimbang produk yang dijual tidak ada keberkesanannya atau sambutan dingin pembeli terhadap produk yang dijual. Jika anda dalam kalangan anda yang mempunyai alasan-alasan sebegini, maka kaedah Dropship mungkin boleh menjadi pilihan perniagaan anda.
Dropship merupakan istilah jual beli yang menjadi trend terkini dalam dunia perdagangan dalam talian. Dropship atau juga dikenali sebagai Dropshipping merupakan satu rantaian perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar (iaitu anda). Pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal harga produkdan servis yang dijual kepada pembeli. Tugas anda hanyalah untuk mempromosi produk yang dijual oleh pembekal dan melakukan urus niaga pesanan dengan pembeli. Setelah pembayaran dibuat oleh pembeli, anda akan menghantar pesanan itu kepada pembekal yang seterusnya akan membungkus dan menghantar produk tersebut terus ke alamat pembeli. Konsep yang nampak mudah bukan? Anda sebagai pengedar akan memperoleh keuntungan ‘atas angin’, tanpa perlu menyimpan stok atau menyediakan kos modal yang tinggi. Kebiasaannya keuntungan anda adalah berdasarkan perbezaan margin harga jual yang diberikan oleh pembekal kepada anda sebagai agen Dropship dengan harga yang ditawarkan kepada pembeli.
Contoh pengiraan keuntungan anda:
Pihak pembekal (DropShipper) akan memberikan anda akses katalog produk mereka dengan harga barang yang diberikan kepada anda dikira dengan harga istimewa. Contohnya, harga yang diberikan kepada anda untuk sepasang kasut adalah RM24.00 dan kos penghantaran pula adalah sebanyak RM6.00.
Anda pula menjual produk tersebut di laman e-dagang anda dengan mengenakan harga pasaran iaitu sebanyak RM50.00 termasuk kos penghantaran. Pembeli kemudiannya membuat pesanan dan pembayaran kepada anda. Perbezaan harga jual beli produk inilah sebenarnya merupakan keuntungan yang akan anda peroleh. Dalam contoh ini, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak RM20.00 bagi setiap pasang kasut yang dijual!
Tanpa perlu ada modal dan produk untuk memulakan perniagaan, anda sebenarnya sudah boleh bergelar usahawan. Kalau moto syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, ‘Everybody can fly’, mungkin moto perniagaan berkonsepkan Dropship ini pula ‘Everybody can do business!’
Salah satunya :
Web : www.yosh.my
No comments:
Post a Comment