KENAPA ramai orang lebih cenderung menghabiskan wang ringgit mereka daripada menggunakannya bagi membina kekayaan yang lebih?
Saya jawab untuk anda, ini kerana tanggapan kebanyakan orang mengenai kekayaan sudah dikaburi oleh media-media dan cakap-cakap orang.
Ramai orang memiliki pandangan yang silap berkenaan kehidupan jutawan. Ramai orang menyamakan ‘kepuasan segera’ dengan kebahagiaan. Mereka cukup percaya jutawan mempunyai gaya hidup mewah dan merasakan kehidupan sebeginilah yang menghasilkan kebahagiaan berpanjangan.
Apakah pula yang saya maksudkan dengan ‘kepuasan segera’ itu?
Apa-apa perkara yang anda beli dengan tujuan untuk mendapatkan kenikmatan cepat daripadanya. Bertujuan memuaskan keinginan anda. Keinginan untuk kelihatan bergaya, menawan, dihormati, disanjungi, disayangi dan digeruni. Ini termasuklah membeli kereta mewah, motor berkuasa tinggi, rumah besar, kad kredit, pakaian mahal, membeli belah di tempat berprestij, makan dan minum di tempat ternama dan banyak lagi perkara seumpama
itu.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian peribadi saya terhadap beberapa orang jutawan yang saya kenali, kebanyakan daripada mereka yang ‘tulen’ ini sama sekali tidak mempunyai gaya hidup seperti itu. Malah beberapa hari yang lepas, seorang jutawan ada singgah membeli di petrol di kedai saya. Apa yang anda jangkakan? Iya.. Beliau datang dengan memandu Proton Iswara yang sudah berusia lebih 15 tahun, hanya memakai baju-T yang sudah lusuh, berkopiah yang sudah hampir kekuningan dan kain pelikat ..
Apakah maksud ‘tulen’ itu? Ia bermakna harta kekayaan atau aset yang dimiliki itu boleh bertahan seumur hidup! Dan bukan untuk 10 ke 20 tahun akan datang sahaja.
_____________________________________________________________________________________________
Pandangan saya, rasanya iya kot,sebab realiti kehidupan ini sebenarnya rilex sahaja. Tetapi ada pelbagai pendapat dan cara masing-masing, lain orang lain cara. kalau pada saya lebih suka simple dan rilex sahaja dan kalau boleh diam daripada bercerita saya akan berhenti tetapi kalau bercakap tentang perniagaan saya akan bercakap dengan pantasnya.
Setiap cara orang tiada hak untuk kita menegur secara berlebihan, terpulang pada kita nak mengurusnya bagaimana. Apa-apa pun terpulang pada anda untuk mengurusnya tetapi perlu ada ilmu. Untuk kepuasan sendiri itu tidak menjadi salahnya, tetapi jangan masuk membazir kerana ianya akan menyusahkan diri anda lagi. Kehidupan ini seronok apabila bahagia dan berjaya. Rugi je kalau kaya raya tapi sedih. Semoga kita semua mendapat kehidupan yang gembira dan berjaya
No comments:
Post a Comment