>

Pages

Wednesday, 5 September 2012

Kejayaan : Tidak perlu dicari tetapi perlu ditarik




Konsep kejayaan adalah senang, ia perlu di tarik. Jika anda faham dengan jelas konsep kejayaan bagi diri anda. Namun, usaha tidak semestinya membuahkan hasil kerana ia bergantung kepada kebenaran Yang Maha Esa. Untuk itu, prinsip jutawan kedua adalah kejayaan perlu di tarik bukan di paksa. Konsepnya sangat senang, anda tidak boleh memaksa diri anda untuk bersembahyang jika anda memang tidak menghormati tujuannya. Sejak dahulu tangunggjawab, bukanlah satu  paksaan tetapi adalah keperluan untuk hidup. Umat Islam perlu sembahyang untuk hidup. Ia berkaitan dengan segala-galanya jika tidak Allah S.W.T.

Apakah yang di maksudkan dengan keperluan.

Keperluan adalah sesuatu yang kita mesti ada untuk maju ke hadapan. Berbalik kepada prinsip jutawan,apa yang kita mesti ada untuk menjadi seorang jutawan? Ilmu, kemahiran berkomunikasi, teknik, dan semua kemahiran diri perlu di pertingkatkan untuk menjadikan diri kejayaan menjadi seorang jutawan. Belajar, belajar dan belajar lagi bukan berusaha, berusaha, berusaha.

Seorang saintis terpaksa mengharungi kegagalan seribu eksperimen sebelum berjaya membuahkan hasil. Apabila di ajukan soalan bagaimana dia berjaya? Jawapan beliau adalah seperti berikut,‘ Saya hanya berusaha sekali tetapi saya belajar seribu kali‘. Untuk menarik kekayaan, anda perlu belajar, bukannya memanjangkan masa berusaha dengan tindakan yang sama.

No comments:

Post a Comment