Tip 1: Kaji Pasaran Anda –
Cari produk yang senang untuk dijual! Buat sedikit kajian untuk mengetahui permintaan pasaran anda, agar hasil jualan anda lebih banyak dan lebih tinggi keuntungan yang diperoleh. Anda juga boleh menjual produk yang anda minati, kerana secara semula jadinya anda akan menjadi lebih berminat untuk memasarkan produk yang anda jual itu.
Tip 2: Kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh Dropshipper.
Ada kalanya lebih senang untuk menjana keuntungan apabila terdapat kepelbagaian produk yang dijual, agar pembeli mempunyai pilihan ketika membeli. Sudah tentu anda tidak mahu pembeli anda berpaling dan membeli dengan penjual yang lain semata-mata atas alasan barangan yang dikehendaki tidak dijual oleh anda. Jika produk yang dijual adalah produk makanan, pastikan anda menjaga sensitiviti para pembeli. Cari produk yang diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pastikan juga ia mempunyai standard dan kelulusan piawaian yang diperlukan dan diiktiraf oleh badan-badan piawaian seperti SIRIM.
Tip 3: Gunakan platform dalam talian untuk jualan anda
Promosi produk anda secara meluas melalui pelbagai platform dalam talian seperti laman web e-dagang, Facebook, blog, di laman web bidaan seperti e-bay dan juga di laman web forum seperti mudah.com. Kunjung laman web yang berbentuk forum ini dan sesekali komen terhadap isu-isu semasa. Jangan lupa untuk membuat pautan laman web anda setiap kali anda memberi komen anda. Anda juga boleh membuat pautan laman web anda di dalam e-mel anda. Terdapat pelbagai lagi cara untuk anda mempromosikan perniagaan anda, maka jadilah seorang yang lebih kreatif untuk membolehkan perniagaan anda lebih dikenali.
Tip 4: Tentukan berapa peratus keuntungan yang ingin anda peroleh.
Dengan adanya matlamat seperti ini, maka anda akan lebih fokus dalam perniagaan anda. Buat perbandingan harga produk yang ditawarkan oleh agen DropShip yang lain dan pastikan keuntungan yang diperoleh berbaloi dengan daya usaha anda. Jangan lupa untuk menyediakan kunci kira-kira untuk anda mengira keuntungan perniagaan anda pada setiap hujung bulan.

No comments:
Post a Comment